Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Premier Sarawak sumbang RM10 juta kepada MSS
  • SUKAN

Premier Sarawak sumbang RM10 juta kepada MSS

Utusan Sarawak 3 years ago

KENANGAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Majlis Seni Sarawak (MSS) dan Sahabat Seni Sarawak (3S) di Dewan Suarah Kuching, baru-baru ini.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyumbang dana berjumlah RM10 juta kepada Majlis Seni Sarawak (MSS).

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Majlis Seni Sarawak (MSS) dan Sahabat Seni Sarawak (3S) di Dewan Suarah Kuching, di sini, baru-baru ini.

“Saya berharap dana ini dapat disalurkan kepada mereka yang amat berminat kepada seni untuk meningkat keupayaan kita, dan seliaan daripada itu untuk meningkatkan lagi kesenian yang terdapat dalam diri kita.

“Ini termasuklah mereka yang terlibat dalam tarian, tulisan ataupun cerpen, tarian, nyanyian, videografi dan sebagainya. Kita akan berusaha untuk membantu keluarga seni ataupun mereka yang minat dalam karya seni ini,” jelas Karim.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan pusat penggiat seni di Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lama dan akan dinaik taraf sebagai sebuah pusat seni persembahan (performing art centre).

“Dewan Undangan Negeri yang lama di Petrajaya tidak lama lagi akan melalui pengubahsuaian untuk menjadikannya sebagai sebuah pusat seni persembahan yang mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri dan sebagai pusat untuk penggiat seni pada masa akan datang,” kata beliau.

Selain itu, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan sambutan ulang tahun Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang ke 62 tahun.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan.

Continue Reading

Previous: Sarawak United perlu lebih agresif
Next: Lee ketepi cabaran Thompson

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.