Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak serah kunci rumah baharu kepada 59 nelayan Beladin
  • TEMPATAN

Premier Sarawak serah kunci rumah baharu kepada 59 nelayan Beladin

Utusan Sarawak 23 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis penyerahan kunci rumah kepada 59 nelayan di Beladin hari ini. Foto UKAS

BETONG: Penantian sekian lama komuniti nelayan di Beladin untuk menikmati kediaman yang lebih selesa kini berakhir apabila seramai 59 nelayan menerima kunci rumah baharu menerusi Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin).

Majlis penyerahan kunci rumah yang penuh makna itu disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini, sekali gus membawa sinar harapan baharu buat mereka yang selama ini bergantung hidup kepada hasil laut.

Beliau turut meluangkan masa menyantuni para penerima, melawat kediaman salah seorang peserta serta menyampaikan sumbangan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kerajaan Sarawak kepada komuniti nelayan.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis penyerahan bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 (ESHN) kepada nelayan di Beladin hari ini. Foto UKAS

Projek tersebut merupakan kolaborasi antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kerajaan Sarawak, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Unit Perancang Ekonomi Sarawak dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM21.25 juta.

Fasa pertama telah menyaksikan siapnya 68 unit rumah dengan kos RM6.8 juta, di mana seramai 59 peserta telah menerima kunci rumah dan menandatangani perjanjian pemilikan

Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin merupakan salah satu usaha strategik kerajaan dalam menyediakan penempatan yang lebih selesa, tersusun dan strategik kepada komuniti nelayan, sekaligus memperkukuh kesejahteraan dan jaminan hidup golongan ini pada masa hadapan.

Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk memperkasa kesejahteraan rakyat, khususnya komuniti nelayan yang menjadi antara penyumbang penting kepada sektor perikanan negeri.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Acara istimewa ‘Kek Nyalang’ sempena Hari Sarawak, 22 Julai ini
Next: 180 sukarelawan tanam 2,500 pokok di Hutan Simpan Sabal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.