Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak saran SEB nilai semula struktur organisasi, selaras perkembangan industri tenaga
  • SEMASA

Premier Sarawak saran SEB nilai semula struktur organisasi, selaras perkembangan industri tenaga

Utusan Sarawak 23 hours ago

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) disaran menilai semula struktur organisasinya bagi menyesuaikan diri dengan perkembangan pesat dalam bekalan tenaga di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata langkah itu penting memandangkan pengeluaran tenaga kini telah dipisahkan sebagai entiti berasingan, dan perlu diselaraskan dengan undang-undang sedia ada seperti Ordinan Elektrik atau Ordinan SEB.

“Saya ingin minta SEB supaya mempunyai pandangan baharu terhadap struktur anda.

“Disebabkan oleh perkembangan bekalan tenaga ini, mungkin SEB juga perlu distruktur semula mengikut undang-undang yang ada seperti Ordinan SEB atau Ordinan Elektrik.

Lihat semula perkara ini kerana kita telah asingkan pengeluaran tenaga sebagai satu entiti berasingan,” katanya.

Tambah beliau, jika semakan semula dilakukan, SEB disaran meneliti secara teknikal keperluan menubuhkan organisasi baharu yang dapat meningkatkan lagi pengeluaran tenaga antara pengeluaran dan pembekalan kepada pasaran.

“Saya serahkan perkara ini kepada Lembaga Pengarah SEB untuk menelitinya dan saya harap anda dapat kemukakan satu kertas cadangan kepada saya sebelum penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Vendors dan Kontraktor Sarawak Energy di sini, malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau turut menekankan keperluan tenaga kerja berpengalaman dan mempunyai latar belakang kejuruteraan bagi menyokong pelan jangka panjang negeri ini dalam sektor penjanaan tenaga dan petrokimia.

“Apa yang saya tekankan di sini ialah apabila ekonomi kita berada dalam keadaan baik, kita ada hala tuju jangka panjang dalam penjanaan tenaga dan juga petrokimia.

Maka kita memerlukan tenaga kerja yang berpengalaman serta berkelulusan kejuruteraan untuk menyediakan perkhidmatan ini, dengan mematuhi prinsip ESG,” ujarnya.

Majlis turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abg Hipni, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan Petros) Dato Ibrahim Baki, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dunia Islam perlu perkukuh asas, bermula dengan ekonomi
Next: Tarikh lihat anak bulan Zulhijah pada 27 Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.