
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kesederhanaan hari ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum para hadirin bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri dan warga perkhidmatan awam.

Sejurus selesai berbuka puasa, Premier Sarawak selaku Penaung Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada para penjawat awam.
Inisiatif MAKSAK ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh semangat kebajikan, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga perkhidmatan awam di negeri ini.