Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak rasmikan majlis graduasi Swinburne Sarawak 2025
  • SEMASA

Premier Sarawak rasmikan majlis graduasi Swinburne Sarawak 2025

Utusan Sarawak 8 hours ago
Premier Sarawak menyempurnakan Majlis Graduasi Swinburne Sarawak di BCCK, hari ini. Foto JAPEN

KUCHING: Majlis Graduasi Kampus Universiti Teknologi Swinburne Sarawak 2025 menyerlahkan reputasi global universiti itu apabila meraikan graduan daripada 17 negara, sekali gus mencerminkan peranannya sebagai hab pendidikan antarabangsa yang terus menarik minat pelajar luar untuk melanjutkan pengajian di Sarawak.

Graduan tahun ini terdiri daripada pelbagai latar belakang antarabangsa termasuk Malaysia, Bangladesh, China, India, Indonesia, Pakistan, Kenya, Mesir, Arab Saudi, Sri Lanka dan beberapa negara lain, mencerminkan kepelbagaian komuniti pelajar di kampus tersebut.

Perarakan masuk pembawa bendera dan pasukan pancaragam membuka Majlis Graduasi Kampus Universiti Teknologi Swinburne Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto JAPEN

Majlis yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu menyaksikan seramai 294 graduan menerima penganugerahan masing-masing, melibatkan pelbagai peringkat pengajian daripada diploma hingga ke ijazah doktor falsafah (PhD).

Antara pecahannya ialah 102 graduan dalam bidang Perniagaan, 43 dalam Sains Komputer, 36 dalam Kejuruteraan, 32 dalam Reka Bentuk, 15 dalam Sains, 9 dalam Media dan Komunikasi, serta 6 dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Barisan kepimpinan dan pensyarah Swinburne Sarawak hadir memeriahkan Majlis Graduasi Swinburne Sarawak 2025 di BCCK, hari ini. Foto JAPEN

Majlis turut meraikan dua penerima Ijazah Berkembar bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Robotik dan Mekatronik) serta Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer.

Selain itu, sembilan penerima Diploma Pengurusan Perniagaan (Business Management) turut menerima penganugerahan masing-masing pada majlis berkenaan.

Sekitar suasana para graduan pada Majlis Graduasi Swinburne Sarawak 2025 di BCCK, hari ini. Foto JAPEN

Bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master’s Degree) pula, seramai 28 penerima diraikan, terdiri daripada 21 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Antarabangsa), dua Ijazah Sarjana Perniagaan (Penyelidikan), serta seorang masing-masing bagi program Ijazah Sarjana Pengurusan Pembinaan, Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat, Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Penyelidikan), Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Penyelidikan) dan Ijazah Sarjana Sains (Penyelidikan).

TAHNIAH… Graduan penerima anugerah pada Majlis Graduasi Swinburne Sarawak di BCCK, hari ini. Foto JAPEN



Turut diraikan ialah 12 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang termasuk Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan, Seni dan Sains Sosial, ICT dan Sains.

Majlis turut mencatatkan bahawa sebanyak 38 graduan menerima penganugerahan mereka secara tidak hadir.

Oleh Shikin Mahmud & Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: i-CATS bentang hala tuju strategik kepada Premier Sarawak
Next: Kerjasama MUTS-SIRIM perkukuh kualiti, tangani isu vandalisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.