Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak rasmi Kempen Buah Tempatan dan Majalah Agro Kenyalang Edisi Ke-19
  • TEMPATAN

Premier Sarawak rasmi Kempen Buah Tempatan dan Majalah Agro Kenyalang Edisi Ke-19

Utusan Sarawak 1 hour ago
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan pelancaran Majalah Agro Kenyalang Edisi Ke-19.

PETRA JAYA: Usaha memperkukuh ekosistem agro negeri diperteguh hari ini apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan serta pelancaran Majalah Agro Kenyalang Edisi Ke-19 di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah bersama Jabatan Pertanian itu bertujuan mempromosikan buah-buahan tempatan yang segar dan berkhasiat, sekali gus menyokong pendapatan petani serta pengusaha hasil tani negeri.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan.

Menurut Pengarah Jabatan Pertanian, Dominic Chunggat, penganjuran kali ini merupakan kesinambungan kempen yang pernah diadakan pada 2019 dan 2020, dan kini kembali dianjurkan sebagai platform memartabatkan pengeluaran buah-buahan tempatan.

“Kempen ini adalah usaha berterusan untuk mempromosikan buah-buahan tempatan, selain membantu petani meningkatkan pendapatan.

Beliau berkata, langkah itu juga selaras dengan saranan Menteri agar lebih banyak makanan tempatan dihidangkan pada majlis rasmi.


Beliau berkata, jabatan telah menetapkan empat tanaman utama untuk diperkasakan, iaitu pisang, nanas, kelapa dan durian, selain meneruskan kerjasama rapat dengan agensi serta syarikat agromakanan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran.

Program kali ini melibatkan kerjasama tujuh agensi termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, SALCRA, LCDA, Lembaga Getah Sarawak (SgRB), Lembaga Pembangunan Sagu dan Nanas, FAMA serta Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Pelbagai buah tempatan dipamer dan diedarkan kepada pengunjung, antaranya durian Musang King, durian Suluk, durian Tembaga dan Black Thorn.

Pengarah berkenaan turut menzahirkan penghargaan atas kesudian Premier Sarawak merasmikan program tersebut, termasuk menyempurnakan simbolik pembukaan buah durian Musang King.

Pada majlis sama, Abang Johari turut melancarkan Majalah Agro Kenyalang Edisi Ke-19 yang terus menjadi platform penyampaian maklumat sektor pertanian, merangkumi pembangunan kluster pertanian, penggunaan teknologi baharu seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), automasi serta kejayaan usahawan tani di lapangan.

Penerbitan tersebut turut menampilkan pencapaian projek pertanian di Limbang, Miri, Bintulu dan Mukah, selain kerjasama bersama agensi luar dan komuniti pertanian.

Majlis yang berlangsung dari 12.00 tengah hari hingga 5.30 petang itu menjadi wadah memperkukuh hubungan strategik antara jabatan, pengamal media dan pemain industri dalam usaha memajukan sektor agro-makanan negeri.


Oleh Shikin Mahmud & Norman B. 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tenggiling semakin terancam, perlu perlindungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.