Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak raikan Temasya Warisan Pahang 2025
  • SEMASA

Premier Sarawak raikan Temasya Warisan Pahang 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyerikan Temasya Warisan Pahang 2025 di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi hari ini. Foto UKAS

PEKAN: Keindahan warisan, seni dan budaya terserlah di Pekan, Pahang apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyerikan Temasya Warisan Pahang 2025 di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi hari ini.

Ketibaan beliau bersama rombongan disambut pada 10.00 pagi tadi oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Suasana temasya menjadi lebih istimewa apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam kira-kira 12.00 tengah hari tadi.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyerikan Temasya Warisan Pahang 2025 di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi hari ini. Foto UKAS

Kehadiran Premier Sarawak melambangkan sokongan padu terhadap usaha mengangkat seni tenunan, kraf tangan dan budaya tradisional sebagai jambatan pengukuh hubungan antara negeri, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama dalam industri kreatif negara.

Menerusi penyertaan Sarawak, Temasya Warisan Pahang 2025 bukan sahaja menampilkan kepelbagaian warisan negeri di Malaysia, malah meneguhkan kedudukan Sarawak sebagai rakan strategik dalam memelihara dan memperkayakan khazanah budaya negara.

Temasya edisi 2025 ini turut disertai delegasi antarabangsa dari Turkiye, Laos, Singapura dan Indonesia, menjadikan acara ini medan penting dalam memperkenalkan warisan Nusantara kepada dunia.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyerikan Temasya Warisan Pahang 2025 di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi hari ini. Foto UKAS

Kehadiran peserta antarabangsa itu membuktikan bahawa kraf dan budaya tradisional mampu menjadi bahasa sejagat yang menyatukan masyarakat merentasi sempadan.

Sepanjang tujuh hari penganjuran, pengunjung berpeluang menyaksikan pameran kraf, demonstrasi seni tradisional, persembahan kebudayaan, bengkel interaktif serta pertandingan Piala Tunku Azizah Pertandingan Tenun Pahang Diraja yang menjadi tumpuan utama.

Demonstrasi makanan warisan, tarian tradisional dan hasil kraf tempatan turut memikat perhatian, sekali gus membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali lebih dekat akar budaya bangsa.

Temasya Warisan Pahang 2025 berlangsung dari 1 hingga 7 September depan bukan sahaja sebagai pesta kebudayaan tetapi juga simbol penyatuan rakyat melalui warisan, seni, dan kreativiti yang diwarisi turun-temurun.

Sepanjang tujuh hari penganjuran, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik antaranya bengkel kraf batik blok, lukisan, tanah liat, linut, ikat dan celup, ukiran kayu, seni jahitan kreatif, anyaman mengkuang, anyaman rotan, seni telepuk, gerus, kelingkam, seramik, tenunan benang sutera dari Laos, sulaman, pewarnaan alam, serat nanas dan kenaf.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 850,000 penerima SARA belanja lebih RM50 juta pada hari pertama
Next: Pesan makanan untuk rakyat di Indonesia, kebaikan orang Malaysia raih pujian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.