Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak raikan Ramadan bersama anak yatim, anak istimewa
  • TEMPATAN

Premier Sarawak raikan Ramadan bersama anak yatim, anak istimewa

Utusan Sarawak 3 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan gambar kenangan bersama anak yatim piatu dan anak istimewa dari Pusat Kebajikan Jumaani pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Berjemaah bersama Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Suasana penuh keinsafan dan kasih sayang menyelubungi Majlis Berbuka Puasa dan Solat Berjemaah bersama Premier Sarawak apabila Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyantuni 16 anak yatim piatu serta anak-anak istimewa dari Pusat Kebajikan Jumaani di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Senyuman dan keterujaan jelas terpancar pada wajah anak-anak yang menerima sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebaik selesai berbuka puasa.

Sumbangan tersebut bukan sekadar bantuan material, malah menjadi simbol keprihatinan dan dokongan berterusan kerajaan negeri terhadap golongan yang memerlukan, khususnya dalam keberkatan Ramadan.

KETIBAAN Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Berjemaah bersama Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

Kehadiran Premier Sarawak pada majlis itu turut mencerminkan komitmen kepimpinan negeri dalam mendekati rakyat serta memperkukuh nilai kebajikan, empati dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang lapisan.

Terdahulu, beliau bersama dif kenamaan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Majlis kemudian diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih sebelum diakhiri dengan jamuan moreh dalam suasana penuh ukhuwah.

Turut hadir ialah anak Premier Sarawak, Dayang Norjihan, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Ibrahim Baki dan tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PTTS tawar tiga piala utama sebagai acara kemuncak tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.