Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak, Pesuruhjaya Tinggi Kanada perkukuh kerjasama strategik dalam tenaga dan teknologi
  • SEMASA

Premier Sarawak, Pesuruhjaya Tinggi Kanada perkukuh kerjasama strategik dalam tenaga dan teknologi

Utusan Sarawak 5 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Jodi Rae Robinson. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerjasama dalam sektor tenaga, teknologi dan perlombongan mapan menjadi antara fokus utama pertemuan antara Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Jodi Rae Robinson, di Kompleks Satria Pertiwi di sini hari ini.

Jodi Rae Robinson berkata Sarawak mempunyai potensi besar sebagai hab tenaga serantau kerana sumber tenaga yang melimpah dan rancangan untuk menyalurkan tenaga ke negara jiran pada masa depan.

Beliau menambah, antara perkara yang dibincangkan ialah usaha memperkukuh kecekapan rangkaian grid tenaga melalui pendigitalan bagi memastikan pengurusan tenaga yang lebih optimum dan mampan.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan industri mineral kritikal serta perlombongan yang menekankan aspek kelestarian alam sekitar.

Pesuruhjaya Tinggi Kanada itu turut memuji inisiatif Sarawak dalam pembangunan tenaga hidrogen sebagai salah satu sumber tenaga masa depan, selari dengan komitmen global ke arah peralihan tenaga bersih.

Kanada juga memiliki kepakaran dalam penyelidikan hidrogen dan teknologi penangkapan karbon, yang membuka peluang kerjasama lebih luas dengan Sarawak pada masa akan datang.

Sebelum ini, Kanada dan Sarawak telah menjalin kerjasama dalam beberapa bidang termasuk rawatan air, penyelidikan teknologi karbon, pembangunan grid tenaga, serta teknologi komunikasi dan telekomunikasi.- Pejabat Premier Sarawak

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir dipindahkan terus meningkat setakat 8.00 malam
Next: KPM umum cuti tambahan Aidilfitri, warga sekolah mulai cuti 18 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.