Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak pacu peralihan ekonomi, kurangkan kebergantungan kepada hasil hutan
  • SEMASA

Premier Sarawak pacu peralihan ekonomi, kurangkan kebergantungan kepada hasil hutan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGARAH Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad dalam satu majlis rasmi yang turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Datu Abdullah Julaihi, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak (Konservasi Hutan dan Pembangunan) Happysupina Sait, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak (Pengurusan Hutan) Semilan Ripot, serta Timbalan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak (Pengurusan) Sr Rozlan Putit. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memainkan peranan penting dalam mengurangkan kebergantungan negeri ini terhadap hasil hutan khususnya pembalakan sebagai sumber utama pendapatan.

Menurut Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad, Sarawak dahulunya amat bergantung kepada sektor perhutanan bagi menjana pembangunan, namun landskap ekonomi negeri telah berubah secara signifikan dalam tempoh lima dekad yang lalu.

“Jika kita imbas 50 tahun dahulu, hasil daripada sektor hutan merupakan tulang belakang ekonomi Sarawak.

“Tetapi hari ini, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, kerajaan negeri berjaya meneroka pelbagai sumber pendapatan baharu di luar sektor perhutanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis rasmi yang turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) Datu Abdullah Julaihi, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak (Konservasi Hutan dan Pembangunan) Happysupina Sait, Timbalan Pengarah Hutan Sarawak (Pengurusan Hutan) Semilan Ripot, serta Timbalan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak (Pengurusan) Sr Rozlan Putit.

Tambah Hamden, penekanan terhadap kelestarian alam sekitar seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 telah membuka laluan kepada pengenalan ekonomi baharu, sekali gus membantu usaha pemeliharaan hutan di Sarawak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Abdullah seorang sahabat, pemimpin ikhlas – Bekas PM Singapura
Next: Pendaftaran bantuan wang saku RM1,200 untuk pelajar Sarawak dibuka penghujung bulan ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.