Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak mempengerusikan Mesyuarat Exco PERKIM kali pertama 2026
  • SEMASA

Premier Sarawak mempengerusikan Mesyuarat Exco PERKIM kali pertama 2026

Utusan Sarawak 2 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (Exco) PERKIM Bilangan 1/2026 di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, di Kuala Lumpur. Foto Pejabat Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (Exco) PERKIM Bilangan 1/2026 di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, di sini.

Mesyuarat tersebut membincangkan beberapa perkara berkaitan hal ehwal serta perancangan strategik pertubuhan berkenaan bagi tahun ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (Exco) PERKIM Bilangan 1/2026 di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, di Kuala Lumpur. Foto Pejabat Premier Sarawak

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi PERKIM termasuk Naib-naib Yang Dipertua Shahidan Kassim, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Muhammad Fitri Abdullah.

Turut hadir Setiausaha Agung Kehormat Dato’ Dr Mohamad Marzuki Mohamad Omar serta Bendahari Kehormat Datu Mersal Abang Rosli.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PAC Sarawak perkukuh tadbir urus kewangan negeri melalui mesyuarat ke-58
Next: MTPMA63 teliti hasil rundingan Persekutuan-Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.