Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak, isteri teruskan kunjungan rumah terbuka hari kedua Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

Premier Sarawak, isteri teruskan kunjungan rumah terbuka hari kedua Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan kunjungan rumah terbuka pada hari kedua Tahun Baharu Cina, hari ini.

Kunjungan pertama beliau adalah di kediaman keluarga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng.

Ketibaan Abang Johari dan rombongan pada 10.00 pagi tadi disambut mesra oleh Dato Wee serta keluarga.

Turut mengiringi beliau, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Datuk Bandar MBKS, Dato Zaiedi Suhaili.

Beliau dan isteri kemudiannya meneruskan kunjungan di kediaman keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang di Jalan Stapok Avenue Batu Kawa.

Abang Johari serta isteri dijadualkan meneruskan kunjungan rumah terbuka di kediaman keluarga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato Sri Huang Tiong Sii di Jalan Stampin Tengah pada tengah hari.

Beliau, dan isteri dijangka mengakhiri kunjungan hari ini di kediaman usahawan terkemuka, Datuk Dr Tay Chin Khin, petang nanti.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: APM pantau banjir, lawat beberapa kawasan terjejas
Next: Projek tangki air bertingkat siap sepenuhnya 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.