Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak hadiri sesi dialog bersama Jiangsu Provincial People’s Government
  • SEMASA

Premier Sarawak hadiri sesi dialog bersama Jiangsu Provincial People’s Government

Utusan Sarawak 14 hours ago
Ketibaan Abang Johari disambut oleh Timbalan Gabenor Zhao Jianjun yang mewakili Gabenor Liu Xiaotao. Foto UKAS

NANJING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah memulakan lawatan kerja rasmi ke China dengan menghadiri sesi dialog bersama Jiangsu Provincial People’s Government di Xikang Guesthouse, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau bersama delegasi pada 11.15 pagi waktu tempatan disambut oleh Timbalan Gabenor Zhao Jianjun yang mewakili Gabenor Liu Xiaotao.

Mengiringi Premier Sarawak dalam sesi dialog tersebut ialah Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros) Datuk Ibrahim Baki, Pengerusi Petros Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petros Dato Janin Girie serta delegasi Petros yang lain.

Sesi dialog itu merupakan susulan daripada Perjanjian Kerjasama Strategik antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan China Jiangsu International Economic and Technical Cooperation Group Ltd (CJI) bagi memacu pembangunan Hab Rendah Karbon Kuching (KLCH).

Inisiatif utama di bawah Pelan Induk Gas Sarawak ini bertujuan merangsang pertumbuhan industri mampan dan bernilai tinggi di negeri tersebut.

KLCH merupakan satu inisiatif transformasi yang berupaya menjadikan dasar rendah karbon Sarawak sebagai peluang ekonomi baharu untuk rakyat.

Selain itu, KLCH juga merupakan taman industri generasi baharu yang menggabungkan pembuatan berteknologi tinggi, tenaga bersih, operasi berasaskan data serta sistem industri rendah karbon menyeluruh. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Sarawak, Perak menurun pagi ini
Next: Banjir di Perak semakin pulih, situasi di Sarawak tidak berubah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.