Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak hadiri Majlis Sungkei Anak Sarawak 2026 di Kuala Lumpur
  • SEMASA

Premier Sarawak hadiri Majlis Sungkei Anak Sarawak 2026 di Kuala Lumpur

Utusan Sarawak 9 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Sungkei Anak Sarawak 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menghadiri Majlis Sungkei Anak Sarawak 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini, bersamaan 10 Ramadan 1447H.

Ketibaan beliau bersama anak, Dayang Norjihan, telah disambut mesra oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof dan isteri, Datin Amar Ruziah Mohd Tahir, serta barisan menteri-menteri, ketua-ketua jabatan serta dif-dif kenamaan yang lain.

Premier Sarawak turut menyambut ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Sungkei Anak Sarawak 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderahati daripada Yayasan Sarawak kepada tetamu kehormat sebagai tanda penghargaan.

Seterusnya, bacaan ayat-ayat suci al-Quran dialunkan dengan penuh penghayatan, menambahkan lagi keberkatan majlis yang berlangsung.

Setelah azan Maghrib berkumandang, para tetamu menikmati juadah berbuka puasa bersama dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhuwah, sebelum menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah dengan penuh khusyuk.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan wang tunai kepada 40 pelajar anak Sarawak yang belajar di semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan, mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan anak-anak Sarawak di perantauan.

Acara diteruskan dengan solat Isyak dan diakhiri dengan solat sunat Tarawih secara berjemaah, sekali gus menutup majlis dalam suasana penuh keinsafan dan keberkatan Ramadan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SIA gantung penerbangan ke Dubai, Scoot batal perkhidmatan Jeddah susulan ketegangan Asia Barat
Next: 55 jemaah umrah Malaysia terkandas di Jeddah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.