Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak hadiri majlis khatan al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak
  • TEMPATAN

Premier Sarawak hadiri majlis khatan al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendahului bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Foto JAPEN

𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis khatam al-Quran dan Iftar Perdana Agensi-Agensi Islam Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak, semalam.

Majlis dimulakan dengan bacaan khatam al-Quran oleh dif kenamaan yang didahului oleh Abang Johari sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama para hadirin.

Para hadirin kemudiannya menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Imam Besar Sarawak, Ustaz Mohammad Ihsan Haidzir.

ABANG Johari dan para jemaah menunaikan solat fardu Maghrib selepas berbuka puasa. Foto JAPEN

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 50 penerima terdiri daripada 12 lelaki dan 38 wanita melibatkan peserta mualaf dari Kuching dan Samarahan yang mengikuti Kelas Saudara Kita anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Setiap penerima menerima sumbangan Aidilfitri sebanyak RM100 bagi membantu membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Majlis kemudian diteruskan dengan solat fardu Isyak secara berjemaah diikuti solat sunat tarawih dan witir serta moreh.

ABANG Johari menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penerima di atas pentas utama. Foto JAPEN

Sebanyak 14 agensi Islam terlibat dalam penganjuran majlis berkenaan, antaranya Pejabat Majlis Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS), Jabatan Mufti Sarawak, Jabatan Pendakwaan Syariah Sarawak, Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana, Tabung Baitulmal Sarawak, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Pusat Penerangan Islam (IIC), Yayasan Wakaf Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) serta Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak.

ABANG Johari menerima cendermata daripada Dr. Abdul Rahman Junaidi. Foto JAPEN

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam, Datuk Misnu Taha, serta Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim. – Japen

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebih dua juta kenderaan berdaftar, tekanan trafik bandar di Sarawak meningkat
Next: Tun Wan Junaidi hadir majlis berbuka puasa anjuran SEDC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.