Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak hadiri Majlis Kesyukuran Aidiladha
  • TEMPATAN

Premier Sarawak hadiri Majlis Kesyukuran Aidiladha

Utusan Sarawak 8 hours ago
UCAPAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan pada Majlis Kesyukuran Aidiladha anjuran Majlis Islam Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak, pagi tadi. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Kesyukuran Aidiladha anjuran Majlis Islam Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan lafaz ibadah korban yang disempurnakan oleh beliau sebagai simbol penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran yang menjadi teras sambutan Aidiladha tahun ini yang bertemakan ‘Ibadah Korban Mendidik Mujahadah Dalam Beribadah’.

Acara diteruskan dengan simbolik penyembelihan dua ekor lembu korban sebelum Premier Sarawak menyaksikan pelaksanaan ibadah tersebut serta menyempurnakan simbolik pelapahan daging korban.

Dalam majlis sama, beliau turut menyempurnakan pengagihan sumbangan Aidiladha dan daging korban kepada 30 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf serta saudara baharu sekitar Bahagian Kuching sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyempurnakan pengagihan sumbangan Aidiladha dan daging korban kepada 30 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf serta saudara baharu sekitar Bahagian Kuching. Foto JAPEN

Terdahulu, Abang Jo bersama para jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim, serta Setiausaha Majlis Islam Sarawak yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Ustaz Mu’al Su’ud. – JAPEN

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tradisi ‘ngabang’ Gawai Dayak perkukuh hubungan masyarakat Sarawak
Next: JKR Sarawak main peranan penting dalam agenda pembangunan negeri – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.