Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak bertemu Ahli Parlimen dan Senator GPS, perkukuh kerjasama
  • SEMASA

Premier Sarawak bertemu Ahli Parlimen dan Senator GPS, perkukuh kerjasama

Utusan Sarawak 6 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempengerusikan satu pertemuan bersama Ahli Parlimen dan senator Gabungan Parti Sarawak (GPS), semalam. Foto Pejabat Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempengerusikan satu pertemuan bersama Ahli Parlimen dan senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sini, semalam.

Ketibaan Premier Sarawak disambut oleh Ahli Parlimen dan senator GPS yang menghadiri sesi berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof; Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Seri Nancy Shukri.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu diadakan bersempena pembukaan sidang Parlimen baharu yang bermula pada 19 Januari ini.

Ia menjadi platform perbincangan serta pertukaran pandangan antara Premier Sarawak dan kepimpinan GPS di peringkat Persekutuan, termasuk laporan mengenai perkembangan terkini di kementerian masing-masing.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MetMalaysia keluar Nasihat Ribut Tropika NOKAEN
Next: Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan kawasan seluruh negara hingga 25 Januari depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.