Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak antara pemimpin hadiri ALR Ke-12
  • SEMASA

Premier Sarawak antara pemimpin hadiri ALR Ke-12

Utusan Sarawak 2 hours ago
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin menyertai delegasi Malaysia menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura (ALR) Ke-12 yang berlangsung di Singapura, hari ini. Foto UKAS

SINGAPURA: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin menyertai delegasi Malaysia menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura (ALR) Ke-12 yang berlangsung di sini, hari ini.

Beliau bersama pemimpin lain menyertai delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Singapura bagi menghadiri ALR itu.

Dato’ Seri Anwar turut diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, rombongan kerajaan Sarawak juga disertai Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta yang lain.

ALR menjadi platform kedua negara dalam membincangkan isu serantau dan antarabangsa, menilai kemajuan kerjasama dan memperkukuh hubungan dua hala.

ALR yang dianjurkan secara bergilir dua negara itu pada kali ini bakal menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) selain satu Perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

Ia turut menjadi ruang meneroka potensi kerjasama baharu dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala.

Dari aspek hubungan Sarawak – Singapura, Abang Johari ketika menggulung perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu menjelaskan, Sarawak telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada Penguasa Pasaran Tenaga Singapura untuk projek kabel elektrik dasar laut Sarawak–Singapura.

Tambah beliau, ia menjadi langkah penting ke arah pembentukan Grid Tenaga ASEAN selain merealisasikan aspirasi Sarawak menjadi pusat tenaga hijau rantau ini. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bank negeri langkah penting perkukuh ekonomi, Abang Johari selar tafsiran pembangkang terhadap belanjawan 
Next: Anwar tiba di Singapura untuk Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.