
LIMBANG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memberi bayangan bahawa satu bentuk bantuan kepada rakyat Sarawak akan diumumkan pada minggu hadapan susulan peningkatan kos sara hidup.
Menurut beliau, bantuan tersebut akan diumumkan selepas mesyuarat kabinet dan diyakini dapat dilaksanakan berdasarkan kekuatan dana serta ekonomi negeri yang kukuh ketika ini.
“Perincian lanjut akan dimaklumkan kemudian. Bantuan ini dijangka dapat dilaksanakan walaupun memerlukan peruntukan kewangan yang besar kerana kita mempunyai dana yang kukuh untuk tujuan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di sini, malam ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Pengelola Sarawakku Sayang 2026, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; barisan menteri, timbalan menteri, ketua jabatan serta ketua masyarakat dan ketua kaum.
Oleh Adeng Edrus