Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Prasarana rumah panjang siap sepenuhnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Prasarana rumah panjang siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 5 months ago
SERAH TAPAK… Majlis serah tapak projek RTP oleh pihak JPS Betong disaksikan oleh Kaunselor Kasdi Pandi mewakili ADUN Kalaka dan Steve Miller.

ROBAN: Penduduk Rumah Panjang Sait Jelupang Baroh Roban menerima hadiah yang cukup bermakna bagi sambutan Krismas tahun ini apabila prasarana rumah panjang tersebut telah siap dibina.

Dalam pada itu, baru-baru ini satu majlis serah tapak projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) disaksikan oleh Kaunselor Kasdi Pandi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller.

PROJEK prasarana yang telah siap dibina di Rumah Panjang Sait Jelupang Baroh Roban.

Imbas kembali, setelah menerima permohonan daripada penduduk Rumah Panjang Sait Jelupang Baroh Roban pada 4 Julai yang lepas Kaunselor Kasdi mewakili Pusat Khidmat ADUN Kalaka telah bertemu dengan penduduk rumah panjang tersebut bagi mengenalpasti keperluan utama dan kawasan yang perlu untuk dinaik taraf.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri berkata pada tahun ini, rumah panjang berkenaan telah disenaraikan untuk menerima projek RTP, dan susulan daripada pertemuan tersebut pihak Pusat Khidmat ADUN Kalaka telah turun padang bersama pihak agensi pelaksana projek iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong bagi serah tapak projek tersebut.

“Akhirnya 24 Disember lalu, impian penduduk Rumah Panjang Sait Jelupang Baroh Roban untuk menikmati prasarana yang lebih baik tercapai bila projek tersebut siap sepenuhnya.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong selaku agensi pelaksana projek kerana memberikan komitmen tinggi sehingga siapnya projek tersebut demi kemudahan penduduk di rumah panjang terbait,” katanya.
Mohamad Duri turut berterima kasih terutamanya kepada Tuai Rumah Sait kerana memberikan kerjasama penuh selain tetap bersabar menanti projek RTP tersebut dilaksanakan.
“Impian dan dan harapan penduduk Rumah Panjang Sait menjadi kenyataan dan ia cukup bermakna sebelum sambutan Hari Krismas,” katanya.

Continue Reading

Previous: Sambutan Krismas meraikan peristiwa penuh makna, keberkatan
Next: Buang sampah di tandas awam perlu ditangani

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.