Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Prapelancaran Jambatan Batang Lassa 9 Januari sebelum dirasmikan 22 Feb
  • WILAYAH

Prapelancaran Jambatan Batang Lassa 9 Januari sebelum dirasmikan 22 Feb

Utusan Sarawak 4 months ago

CANTEK…. Jambatan Batang Lassa akan dibuka kepada orang ramai selepas majlis prapelancarannya pada 9 Januari ini.

DARO: Majlis prapelancaran Jambatan Batang Lassa akan diadakan pada Khamis depan, 9 Januari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, majlis prapelancaran dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, majlis prapelancaran sepatutnya diadakan pada 31 Disember lalu, namun tertangguh disebabkan penyambungan elektrik belum selesai serta masih perlu dilaksanakan audit keselamatan jalan raya bagi memastikan ia selamat untuk digunakan. 

Beliau berkata majlis perasmian jambatan tersebut dijadualkan berlangsung pada 22 Februari depan dan dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Pembukaan jambatan ini bakal memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi Daro terutamanya dalam sektor pertanian dan perikanan.

“Jambatan ini bukan sahaja menjadi penghubung penting kepada orang ramai, tetapi juga simbol kesungguhan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memastikan manfaat pembangunan sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Jambatan Batang Lassa, sepanjang 2.43 kilometer, merupakan jambatan kedua terpanjang yang menyeberangi sungai di Sarawak.

Projek bernilai RM600 juta ini membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam melaksanakan projek mega untuk kemajuan wilayah ini.

Continue Reading

Previous: Jumlah peniaga, penjaja kecil berlesen dijangka meningkat
Next: Dua kampung disediakan bot fiber bernilai RM290,400

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.