Pranai, Namon muncul juara keseluruhan Piala Premier Sarawak

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PRANAI dan Namon bergambar bersama trofi kemenangan setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori masing-masing.

MIRI: Pemain golf muda Thailand, Pranai Reankrai dan Namon Luangnitikul, muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Piala Premier Sarawak Ke-23 selepas mempamerkan aksi cemerlang di Eastwood Valley Golf & Country Club, di sini, hari ini.

Pranai menguasai saingan kategori Lelaki A sejak pusingan pertama apabila mencatat 72 pukulan (par) sebelum memperbaiki prestasinya dengan 71 pukulan, satu bawah par, pada pusingan kedua, sekali gus mengumpul keseluruhan 143 pukulan, satu bawah par.

Kejayaan itu turut membolehkan beliau membawa pulang Piala Premier Sarawak yang menjadi trofi paling berprestij kejohanan.

Kejohanan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung sebanyak 54 lubang terpaksa dipendekkan kepada 36 lubang selepas pusingan akhir dibatalkan sekitar tengah hari berikutan hujan lebat.

Pemain Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) Malaysia, Jarvis Liew Zun Xin, muncul naib juara dengan jumlah 149 pukulan, manakala Kaiyan Jai Algama Bede Johnpillai dari Sri Lanka menduduki tempat ketiga dengan 152 pukulan selepas menewaskan pemain elit NJDP Sarawak, Joshua Lim Zhi Xing, menerusi kiraan balas (countback).

Seorang lagi pemain NJDP, Anis Dylan Sinno, menamatkan saingan di tempat kelima dengan 153 pukulan.

Bagi kategori Lelaki Khas, Mohamad Danish Mohamad Rizal dari NJDP menjuarai saingan selepas mengumpul keseluruhan 144 pukulan (73-71), sekali gus menewaskan Brandon Wong Yi dengan kelebihan sembilan pukulan.

Brandon menamatkan saingan di tempat kedua dengan 153 pukulan selepas menang menerusi kiraan balas, diikuti Mohamad Rafiq Anugerah Ali (154) dan Ammer Aiman Mohd Fauzi yang turut mencatat 154 pukulan.

Pemain China, Zhang Aoran, merealisasikan sasarannya sebelum kejohanan apabila menjuarai kategori Lelaki B dengan catatan 150 pukulan, enam atas par.

Charles James Anderson dari Thailand muncul naib juara dengan 153 pukulan, diikuti WM Lavidu Sohas Premarathna dari Sri Lanka (155), Mohammad Fahrain Fadzilisham (158) dan Umar Thaqif Ahmad Assraf (159).

Thailand menambah satu lagi kejuaraan menerusi Henry James Anderson yang menjuarai kategori Lelaki C selepas mencatat jumlah keseluruhan 232 pukulan (80-77-75), dua pukulan mengatasi Che Faidh Amysar Faizul.

Salahuddin Azuri Azman menduduki tempat ketiga dengan 236 pukulan, diikuti Mohamad Yahya Umar Arif (240) dan Syed Mahdi Mahbeer (245).

Dalam saingan wanita, Namon melengkapkan kejayaan berganda Thailand apabila muncul juara keseluruhan selepas mencatat 70, 74 dan 72 pukulan dalam kategori Perempuan B untuk jumlah keseluruhan 216 pukulan.

Catatan dua bawah par 70 pada pusingan pertama kekal sebagai skor terbaik yang direkodkan oleh peserta wanita sepanjang kejohanan.

Choi Quinn-cie muncul naib juara kategori Perempuan B dengan 240 pukulan, manakala Nurfathya Emylda menduduki tempat ketiga dengan 243 pukulan.

Bagi kategori Perempuan Khas, Aarthi Ganesan muncul juara dengan 240 pukulan, diikuti Siti Nurfarah Fasha Mohd Hassan (241) dan Abigail Kedong Pearson (243).

Kontinjen NJDP menguasai sepenuhnya podium kategori Perempuan A apabila Nurlyana Yasmin Ruzkinain muncul juara dengan 219 pukulan, satu pukulan di hadapan Ngo Yi Belle (220), manakala Amelia Lee menduduki tempat ketiga dengan 222 pukulan.

Xu Shiman dari China menjuarai kategori Perempuan C dengan jumlah keseluruhan 227 pukulan (77-74-76), manakala Amira Adja Khairunnisa Permadi muncul naib juara dengan 239 pukulan.

Bagi kategori berpasukan, gandingan Pranai Reankrai, Zhang Aoran dan Charles James Anderson menghadiahkan kejuaraan kategori lelaki kepada Thailand, manakala pasukan NJDP yang dibarisi Ngo Yi Belle, Nurlyana Yasmin Ruzkinain, Adianna Prewa Sim dan Bernice Hwang muncul juara kategori wanita.

Tuchel kekal jurulatih England untuk Euro 2028

ATLANTA, Georgia: Thomas Tuchel yang kini berdepan kritikan masih mendapat sokongan Persatuan Bola Sepak (FA) selepas kekalahan mengecewakan England pada separuh akhir Piala