Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PraKrismas dan Kesyukuran Pelayanan Gereja Good Shepherd Marudi, meriah
  • Utara
  • WILAYAH

PraKrismas dan Kesyukuran Pelayanan Gereja Good Shepherd Marudi, meriah

Utusan Sarawak 6 hours ago
SAMBUTAN KRISMAS…Rev Father Damian serta yang lain memotong kek Krismas pada majlis PraKrismas dan Kesyukuran Pelayanan Gereja Good Shepherd Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Dianggarkan lebih 500 umat Katolik Gereja Good Shepherd Marudi menghadiri majlis PraKrismas dan Kesyukuran Pelayanan Gereja Good Shepherd Marudi 2025 semalam.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Badminton Good Shepherd anjuran Jawatankuasa Parish Pastoral Council (PPC), Ladies Guild dan Belia Gereja Good Shepherd.

PENGHARGAAN… Rev Father Damian Lalo menerima cenderamata disampaikan oleh Pengerusi PPC Gereja Good Shepherd, Daniel Talip. Foto Jiku Juguong

Pengerusi PPC, Daniel Talip menzahirkan penghargaan terima kasih kepada belia Gereja Good Shepherd dan Ladies Guild atas usaha dan kerja keras mereka dalam menjayakan majlis.

Beliau turut merakamkan terima kasih atas sokongan ibubapa dan semua pihak memeriahkan menjayakan majlis.

Daniel berharap ibubapa dan semua umat dapat memberi sokongan dan kerjasama kepada Rev Father baharu kelak sepertimana yang telah ditunjukkan kepada Rev Father sedia ada.

MERIAH… Umat Katolik Gereja Good Shepherd Marudi meraikan majlis PraKrismas 2025 di Dewan Good Shepherd Marudi. Foto Jiku Juguong

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Rev Father Damian Lalo atas khidmat beliau sebagai pemimpin gereja selama lima tahun di Marudi, yang mana Rev Father Damian akan meneruskan tugasnya di Gereja Limbang.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Cikgu Alexander, yang akan berpindah tugas ke Kuching, atas jasa beliau yang banyak membantu serta memimpin belia gereja dalam pelbagai aktiviti gereja.

 Pada majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan cabutan berkat dan persembahan serta nyaanyian kegamaan.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JTPIL bentang laporan kewangan dan aktiviti
Next: Gelanggang baharu Gereja Kai Nguong dibina dengan kos RM300,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.