Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Prada sah beli Versace
  • BISNES

Prada sah beli Versace

Utusan Sarawak 14 hours ago

ROME: Kumpulan Prada membeli pesaing fesyen Itali, Versace, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) hari ini, memetik gergasi fesyen yang berpusat di Milan itu.

Perjanjian itu sebelum ini dianggarkan bernilai €1.25 bilion (AS$1.45 bilion).

Prada, yang portfolionya turut merangkumi Miu Miu dan Church’s, telah memperoleh semua saham Versace yang dimiliki oleh syarikat mewah Amerika Syarikat (AS), Capri Holdings, selepas menerima semua kelulusan pengawalseliaan yang diperlukan, menurut kenyataan kumpulan itu.

Suruhanjaya Eropah di Brussels telah memberikan kelulusan bagi pengambilalihan itu pada September.

Harga pembelian untuk Versace, yang diasaskan pada 1978, adalah lebih rendah daripada €1.5 bilion yang dibincangkan pada awalnya.

Prada, yang bermula sejak 1913, secara rasmi mendedahkan rancangan untuk membeli Versace pada April, selepas spekulasi selama berbulan-bulan.

Menurut akhbar Corriere della Sera, terdapat beberapa halangan yang perlu diatasi sebelum kedua-dua jenama Itali itu dapat bergabung.

Laporan itu turut menyebut bahawa tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, terhadap negara lain – termasuk Itali – juga menjadi kebimbangan.

Prada dan Versace merupakan antara nama terbesar dalam dunia fesyen Itali.

Pengasas syarikat, Gianni Versace, telah dibunuh di AS pada 1997. 

Pada bulan Mac, adik perempuannya, Donatella Versace meletakkan jawatan sebagai pengarah kreatif selepas hampir tiga dekad memegang peranan tersebut.

Beliau digantikan oleh Dario Vitale, yang sebelum ini bekerja untuk Miu Miu.

-BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Kerajaan komited terus turunkan hutang baharu 2025 dengan unjuran RM75 bilion – PM Anwar
Next: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.