Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
  • NASIONAL

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja

Utusan Sarawak 4 months ago
PRESIDEN Indonesia Prabowo Subianto melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai serta anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Prabowo dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disusuli majlis makan tengah hari secara tertutup sebelum berlepas pulang petang ini. Ini merupakan lawatan kerja pertama Prabowo Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Oktober 2024. FotoBERNAMA

SEPANG: Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja sehari ke Malaysia.

Pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 10.15 pagi.

Ketibaan Prabowo disambut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono, yang kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai serta anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Raja Azri Syahir.

Prabowo dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disusuli majlis makan tengah hari secara tertutup sebelum berlepas pulang petang ini.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Prabowo Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Oktober 2024.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan itu dijangka memberi tumpuan kepada kerjasama dua hala dan meneroka potensi kerjasama baharu untuk memperkukuh hubungan kedua-dua negara.

Lawatan itu adalah cerminan hubungan istimewa antara Malaysia dan Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosio-budaya, pertahanan dan keselamatan.

“Dengan Malaysia mengambil alih peranan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh Pembinaan Komuniti ASEAN, kerjasama serantau serta menangani cabaran global,” menurut Wisma Putra.

Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula bulan ini, dengan Tema Kepimpinan ASEAN 2025 Malaysia adalah ‘Keterangkuman dan Kelestarian’.

Sebelum ini Malaysia pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion). Dari Januari hingga Oktober 2024, jumlah dagangan dua hala telah mencecah RM95.50 bilion (AS$20.75 bilion) berbanding RM94.37 bilion (US$20.69 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2023. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: “Saya tidak tunduk atau patuh kepada mana-mana individu, tidak kira betapa tinggi atau hebat kedudukannya,” – Ketua Hakim Negara
Next: Perdana Menteri Jepun disambut secara rasmi di Perdana Putra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.