Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Prabowo tiba di Malaysia, adakan pertemuan bersama Anwar
  • NASIONAL

Prabowo tiba di Malaysia, adakan pertemuan bersama Anwar

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Prabowo Subianto semasa lawatan ke Menara Berkembar Petronas hari ini bersempena lawatan Presiden Indonesia itu ke Malaysia. Foto Bernama

SEPANG: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto tiba di sini hari ini bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 5.52 petang.

Ketibaan Prabowo disambut Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Shahrol Anuwar Sarman, yang kemudiannya melintasi barisan kawalan kehormatan statik oleh 28 pegawai serta anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Nor Saifullah Mahmad @ Mohammed.

Prabowo dijadual menghadiri majlis makan malam secara tertutup sebelum berlepas pulang malam ini.

Ini merupakan lawatan ketiga Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Oktober 2024.

Media antarabangsa hari ini melaporkan pertemuan kedua-dua pemimpin itu merupakan kunjungan sempena Aidilfitri serta penghormatan kepada Anwar sebagai seorang daripada pemimpin ASEAN.

Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula awal tahun ini, dengan Tema Kepimpinan ASEAN 2025 Malaysia adalah ‘Keterangkuman dan Kemampanan’. Sebelum ini, Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion). 

Dari Januari hingga Oktober 2024, jumlah dagangan dua hala telah mencecah RM95.50 bilion (AS$20.75 bilion) berbanding RM94.37 bilion (AS$20.69 bilion) dalam tempoh sama pada 2023. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Korban cuti Aidilfitri demi bantu mangsa kebakaran paip gas
Next: Kurang satu peratus mangsa alami trauma serius – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.