Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pra-Gawai penuh adat di Gereja St John
  • Tengah
  • WILAYAH

Pra-Gawai penuh adat di Gereja St John

Utusan Sarawak 3 days ago
MERIAH… Sekitar sambutan Pra Gawai Dayak anjuran Gereja Anglikan St John, semalam.

SIBU: Lebih 200 penganut Kristian Anglikan menghadiri sambutan Pra-Gawai Dayak yang berlangsung dalam suasana penuh adat dan tradisi di Gereja Anglikan St John, di sini semalam.

Majlis yang diadakan menjelang sambutan Gawai Dayak itu diserikan dengan pemakaian busana tradisional etnik Dayak oleh para hadirin, yang membangkitkan lagi suasana kemeriahan perayaan.

Sambutan dimulakan dengan upacara misa khas yang dipimpin oleh Sub Deacon (SD) Ujang Anyi, SD Obed George dan SD Umpie Awi, serta diberkati oleh vikar gereja, Archdeacon Jose Jol Endru.

JAMUAN secara ‘potluck’ menyaksikan para jemaat berkongsi pelbagai juadah istimewa buatan sendiri.

Istimewanya, majlis turut diselitkan dengan persembahan tradisional masyarakat Iban, termasuk paluan alat muzik ‘betaboh’ dan tarian ‘ngajat’ yang diadakan dalam gereja yang merupakan suatu kelainan daripada misa Ahad biasa.

SD Ujang, yang juga bertindak sebagai ‘Tuai Gawai’ tahun ini, dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada komuniti Anglikan di Sibu atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan sambutan tersebut.

Sementara itu, Archdeacon Jose Jol yang juga Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) Cawangan Sibu, menyampaikan perutusan Gawai bertemakan ‘Ai Pengayu’ iaitu air tradisi yang melambangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan.

“Dalam konteks Kristian, ‘Ai Pengayu’ membawa erti doa memohon panjang umur dan sihat walafiat.

“Sempena Gawai ini, marilah kita bersyukur atas segala berkat dalam hidup sama ada kerjaya, rezeki mahupun kesihatan, semuanya adalah kurniaan Tuhan,” katanya.

Sambutan diteruskan dengan upacara minum ‘Ai Pengayu’ sebagai simbol kesyukuran, sebelum diakhiri dengan jamuan secara ‘potluck’ yang menyaksikan para jemaat berkongsi pelbagai juadah istimewa buatan sendiri.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MTPN Sibu kendali lebih 50 kes pengguna sejak Ogos 2023
Next: Gawai Dayak platform pamer kekayaan budaya ke persada dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.