Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPWS wadah pemerkasaan wanita Sarawak
  • TEMPATAN

PPWS wadah pemerkasaan wanita Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
TANDA KENANGAN….Pengerusi Negeri PPWS, Datoʼ Norhyati Mohd Ismail menyerahkan cenderamata kepada ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

SARIKEI: Peranan wanita sebagai tonggak kelestarian masyarakat terus diangkat menerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) yang menjadi wadah pemerkasaan wanita, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, tema bagi sambutan ulang tahun ke-63 adalah PPWS Wadah Wanita Tonggak Kelestarian. 

“Hari ini kita berhimpun dengan semangat kebersamaan dibawah tema PPWS Wadah Wanita Tonggak Kelestarian. 

“Tema ini amat bermakna kerana menggambarkan peranan wanita bukan sekadar penyokong, tetapi juga tiang utama dalam membentuk masyarakat yang sejahtera dan lestari.

“Melalui PPWS, wanita diberi ruang dan peluang untuk menonjolkan kepimpinan, memperkukuh nilai kekeluargaan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial,” katanya. 

Koung Hiing berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam amal sempena sambutan ulang tahun ke-63 PPWS bertempat di Dewan Sentral Sarikei, malam tadi. 

Katanya, wanita bukan hanya mendidik generasi masa depan, malah turut menjadi penggerak utama dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran komuniti.

Pada majlis sama, beliau turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada PPWS Daerah Sarikei. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Yayasan baharu perkukuh pembangunan awal kanak-kanak
Next: SFC dan SBC jalankan penilaian biodiversiti di Bukit Keluan, Ulu Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.