Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPWS perkasa wanita luar bandar Sarawak melalui program komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

PPWS perkasa wanita luar bandar Sarawak melalui program komuniti

Utusan Sarawak 4 days ago
TURUN PADANG…Norhyati bersama dengan jawatankuasa induk PPWS Limbang.

LIMBANG: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) terus memperkukuh penglibatan wanita luar bandar dalam usaha memperkasakan keupayaan wanita di negeri ini.

Pengerusinya, Dato Norhyati Mohd Ismail berkata, perjuangan memperkasakan wanita sentiasa menjadi teras utama PPWS sebagai badan pemangkin pembangunan wanita di Sarawak.

“Berdasarkan objektif penubuhan, saya berharap semua ahli sudah memahami matlamat perjuangan ini. Mereka harus turun padang kerana salah satu sasaran utama kita ialah membantu komuniti luar bandar,” katanya ketika ditemui media sempena program Hari Sinergi PPWS 2025 anjuran PPWS Daerah Limbang bersama Zon C di Pejabat PPWS Cawangan Limbang/Lawas, semalam.

PESANAN…Pengerusi PPWS ketika menyampaikan ucapan menyantuni warga PPWS Limbang.

Menurut beliau, pelaksanaan pelbagai program anjuran PPWS kini melibatkan penyertaan aktif wanita luar bandar dalam aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan kepimpinan masyarakat.

“Penyertaan wanita dari seluruh Sarawak juga membuka ruang untuk mereka berkongsi maklumat, kemahiran dan pengetahuan sejajar dengan perubahan semasa,” ujarnya lagi.

Turut hadir, Exco PPWS Cawangan Limbang/Lawas Hamimah Hasbullah dan Jemilah Matasan, Pengerusi PPWS Cawangan Limbang/Lawas Fariyana Ajmain dan Pengerusi PPWS Daerah Limbang Dayang Suridah Mohamad Superi.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: DUBS Miri sambut baik RUU Pekerja Gig 2025, lindungi pekerja dan pacu ekonomi digital
Next: Semangat perpaduan warnai sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Pekan Trusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.