Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPV Bergerak pertama guna bas
  • TEMPATAN

PPV Bergerak pertama guna bas

Utusan Sarawak 4 years ago
LANGSUNG … Dr. Annuar ketika bersiaran langsung Facebook dari PPV Dewan LAKIS di Sibu, petang semalam.

SIBU: Zon Tiong Hua, Tong Sang dan Sukun akan menjadi lokasi pertama Program Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak menggunakan bas setelah beroperasi.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee berkata, vaksinasi diperlukan kerana kes Covid-19 yang konsisten di kawasan terbabit.

“Saya telah mengadakan perbincangan bersama Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) untuk mempercepatkan vaksinasi di kawasan ini dan kemungkinan akan menjadi target pertama kita untuk PPV Bergerak menggunakan bas atau apa cara sekali pun.

“Untuk memastikan penduduk di kawasan Tiong Hua, Tong Sang dan Sukun diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin,” jelasnya ketika siaran langsung Facebook di PPV Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) petang semalam.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam memberitahu, Zon Sukun dan Zon Tiong Hua kekal menjadi zon merah dengan masing-masing merekodkan empat kes dan tujuh kes di daerah ini hari ini (Sabtu).

“Manakala, Zon Tong Sang kekal zon jingga dengan tiga kes baharu dilaporkan hari ini (Sabtu),” ujarnya.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu berkata, Sibu mempunyai dua bas untuk PPV Bergerak iaitu satu bas mini oleh Pansar Berhad dan satu lagi bas yang lebih besar oleh Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS).

“Seramai 6,452 orang telah mendapat suntikan vaksin mereka semalam (Sabtu) dalam tempoh sehari.

“Jumlah keseluruhan setakat ini adalah 123,113 orang penduduk di Bahagian Sibu sudah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama suntikan vaksin.

“Sejak 21 Jun lepas, Sibu telah melepasi sasaran vaksinasi iaitu 4,776 dos sehari.  Kerajaan sedang berusaha memastikan lebih ramai terima suntikan vaksin secepat mungkin,” ujarnya lagi.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, PPV Stadium Tertutup Sibu menyasarkan untuk memberi 2,500 dos vaksin hari ini (Sabtu).

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Jangan leka, terus patuhi SOP
Next: JPBB berhak tahan pembayaran, batalkan kontrak hotel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.