Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS SMK Bekenu kekal aktif terima mangsa banjir
  • Utara
  • WILAYAH

PPS SMK Bekenu kekal aktif terima mangsa banjir

Utusan Sarawak 2 days ago
PEGAWAI Tadbir (SAO) Pejabat Daerah Subis Muhammad Firhan Iskandar Goh.

BEKENU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Subis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu terus aktif, masih menerima kemasukan mangsa banjir.

Pegawai Tadbir (SAO) Pejabat Daerah Subis Muhammad Firhan Iskandar Goh berkata, PPS SMK Bekenu telah diaktifkan berikutan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan sekitar Bekenu sejak 4 Januari lalu.

“Setakat kemas kini 9.00 pagi, PPS SMK Bekenu menempatkan seramai 329 mangsa daripada 112 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Daripada jumlah tersebut, 163 orang adalah lelaki manakala 166 perempuan, melibatkan golongan dewasa, kanak-kanak, bayi, warga emas serta Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya ketika ditemui pagi tadi.

MASUK BAHARU… Kelihatan mangsa banjir yang mendaftar masuk ke PPS SMK Bekenu pagi tadi.

Mangsa banjir ini datang dari beberapa kampung terjejas antaranya Kampung Kawang, Jengalas, Rambai, Peliau, Masjid Tiris, Usahajaya, Kelapa, Dagang, Tiris, Bekenu Asli dan kawasan sekitar Bekenu.

Kejadian banjir berpunca daripada hujan berterusan yang menyebabkan paras air meningkat dan menenggelami kawasan rendah serta kediaman penduduk.

Pengurusan dan operasi di PPS ini diselaraskan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Bomba, Pejabat Daerah, ATM, Pemuda PBB dan Majlis Pengurusan Sekolah (MPS) bagi memastikan kebajikan serta keselamatan mangsa terus terpelihara.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rondaan MTL: Paras air sungai di kawasan Jalan Bersatu menurun
Next: Bomba Bintangor terus pantau kawasan berisiko banjir semasa monsun timur laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.