Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PPS penuh, keluarga Aminah berkhemah atas ban sungai
  • NASIONAL

PPS penuh, keluarga Aminah berkhemah atas ban sungai

Utusan Sarawak 8 months ago
KHEMAH ATAS BAN…Kapasiti pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir yang terdekat penuh, mendorong keluarga Siti Aminah Md Isa mendirikan khemah di atas ban sungai berhampiran rumah mereka yang ditenggelami banjir di Kampung Padang Teja sejak empat hari lalu. FotoBERNAMA

JITRA: Susulan kapasiti pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir yang terdekat penuh mendorong keluarga Siti Aminah Md Isa mendirikan khemah di atas ban sungai berhampiran rumah mereka yang ditenggelami banjir di Kampung Padang Teja dekat sini, sejak empat hari lepas.

Siti Aminah, 71, berkata dia sekeluarga berat hati berpindah ke PPS alternatif setelah PPS Lubuk Batu yang lebih dekat penuh kerana akan menyukarkan untuk meninjau kawasan rumah susulan jarak agak jauh iaitu hampir 10 kilometer.

“Air mula naik pada petang Selasa lepas, mujurlah anak-anak ada pulang bercuti di kampung, merekalah tolong selamatkan barang-barang penting dalam rumah.

“Pusat (PPS) yang dekat pula penuh jadi anak-anak makcik ambil keputusan buat khemah depan rumah. Depa beli khemah kanvas untuk dijadikan tempat kami berlindung,” katanya kepada pemberita di Kampung Padang Teja dekat sini hari ini.

WARGA emas itu berkata, walaupun dia berasa agak janggal ketika bermalam di dalam khemah kerana tidak pernah berbuat demikian sebelum ini, suasana bertukar ceria kerana ditemani anak-anak serta cucu-cucunya.

Warga emas itu berkata walaupun berasa agak janggal ketika bermalam di dalam khemah kerana tidak pernah berbuat demikian sebelum ini, suasana bertukar ceria kerana ditemani anak-anak serta cucu-cucunya.

Siti Aminah berkata, keadaan tidaklah terlalu menyulitkan memandangkan bekalan air bersih serta elektrik masih ada selain boleh menumpang tandas rumah jiran yang tidak dinaiki air.

Menantu kepada Siti Aminah yang pulang bercuti dari Shah Alam, Selangor, Kahar Kamarudin, 46, berkata, ibu mentuanya bernasib baik kerana banjir berlaku ketika dia dan isteri serta keluarga kakak iparnya dari Pulau Pinang sedang bercuti di kampung.

“Mujurlah ramai ada, jadi boleh sama-sama bina tempat berteduh selagi rumah masih ditenggelami air banjir. Kalau tidak hanya emak dan adik ipar saja yang tinggal di sini.

“Sejak beberapa hari lepas memang hujan lebat lain macam, kami dah tak lena tidur sebab bimbang. Sebelum ini kalau hujan, air tak naik, tapi kali ini naik lebih kurang macam banjir besar 2010 dulu,” katanya yang bercadang menyambung cuti jika keadaan banjir semakin serius.

Walaupun tidak berpindah ke PPS, keluarga Siti Aminah berharap pihak berkaitan dapat mempertimbangkan sebarang bentuk bantuan memandangkan rumah mereka turut terjejas.

Setakat 8.00 pagi tadi jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke 36 PPS di seluruh negeri ini seramai 6,087 orang melibatkan 1,942 keluarga. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MB Kedah berada di luar negara untuk urusan rasmi – Pejabat MB Kedah
Next: Jagung rebus cawan kekal RM2 sejak 24 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.