Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Dewan Suarah Marudi ditutup, pemantauan banjir masih diteruskan
  • Utara
  • WILAYAH

PPS Dewan Suarah Marudi ditutup, pemantauan banjir masih diteruskan

Utusan Sarawak 3 days ago
TUTUP…Anggota APM Marudi menutup PPS Dewan Suarah Marudi setelah enam hari dibuka menempatkan mangsa banjir.

MARUDI: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Marudi ditutup secara rasmi pada 9.00 pagi hari ini selepas banjir di beberapa kawasan menunjukkan trend penurunan.

Pegawai Tadbir Sarawak (SAO), Reagan Edwin, yang mewakili Pegawai Daerah Marudi, Rose Edward, berkata penutupan PPS tersebut telah dipersetujui oleh Komander dan Timbalan Komander Operasi Bencana Daerah Marudi bersama agensi-agensi berkaitan.

PPS berkenaan dibuka pada 17 September lalu dan menempatkan seramai 17 mangsa daripada lima keluarga yang berasal dari Kampung Padang Kerbau, Kampung Cina, Kampung Narum dan Kampung Dagang.

DITERUSKAN…Anggota APM memantau kawasan yang masih dinaiki air.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Mirwan Shah Masri, memaklumkan bahawa walaupun paras air menunjukkan trend menurun, pihaknya meneruskan pemantauan di kawasan yang masih dinaiki air.

Tiga anggota ditugaskan dalam rondaan tersebut, diketuai oleh L/Kpl Kamil Tahir bersama Pbt Zamri Bujang dan Pbt Muhd Faizul Zainal.

Setakat pagi ini, Kampung Narum dan Kampung Dagang masing-masing mencatatkan paras air 0.13 meter dan 0.16 meter, manakala Kampung Padang Kerbau turut merekodkan bacaan 0.16 meter. Dalam pada itu, paras air di Kampung Ridan, Kampung Cina dan kawasan Bandar Marudi telah surut sepenuhnya.

Penutupan PPS menandakan keadaan banjir semakin pulih, namun pemantauan berterusan akan diteruskan oleh agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan berisiko.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Proposal to punish victims of statutory rape ‘baseless and harmful’, says Chong
Next: Water disruption hits Kuching businesses after ART project water main damaged

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.