Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Dewan Suarah Bintulu aktif, kebajikan mangsa banjir terus dipantau
  • WILAYAH

PPS Dewan Suarah Bintulu aktif, kebajikan mangsa banjir terus dipantau

Utusan Sarawak 21 hours ago
ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyantuni mangsa banjir ketika meninjau PPS Dewan Suarah Bintulu serta melihat sendiri kemudahan yang disediakan bagi menempatkan penduduk terjejas susulan banjir di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kebajikan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu terus dipantau secara berterusan bagi memastikan keperluan asas serta keselamatan mereka terjamin susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, pemantauan di PPS mendapati pelbagai kategori mangsa terjejas termasuk keluarga dan pelajar sekolah yang terpaksa berpindah bagi mengelakkan risiko keselamatan.

Menurut beliau, langkah penyelarasan sedang dijalankan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bintulu bagi memastikan pengurusan PPS berjalan lancar serta kebajikan mangsa diberi perhatian sewajarnya.

“Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan semua mangsa di PPS berada dalam keadaan selamat dan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal sementara serta kebajikan pelajar sekolah dapat diurus dengan baik.

“Bagi pelajar yang terjejas, kita akan berhubung dengan pihak pendidikan untuk mendapatkan maklumat lengkap supaya urusan persekolahan mereka tidak terganggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa meninjau keadaan mangsa banjir di PPS Dewan Suarah Bintulu, di sini, hari ini.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyantuni mangsa banjir ketika meninjau PPS Dewan Suarah Bintulu serta melihat sendiri kemudahan yang disediakan bagi menempatkan penduduk terjejas susulan banjir di Bintulu, hari ini.

Iskandar berkata, kerjasama antara JPBD Bintulu dan agensi berkaitan amat penting bagi memastikan sebarang isu di PPS dapat ditangani dengan segera, termasuk keperluan tambahan sekiranya jumlah mangsa meningkat.

Setakat ini, PPS Dewan Suarah Bintulu masih beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir dari kawasan terjejas, sementara pemantauan keadaan cuaca dan paras air terus dilakukan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sebastian Ting turun padang tinjau kawasan terjejas banjir kilat di Miri
Next: Paras air Sungai Batang Mukah meningkat, keadaan masih terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.