Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Dewan SMK Tatau ditutup setelah 14 hari beroperasi  
  • Tengah
  • WILAYAH

PPS Dewan SMK Tatau ditutup setelah 14 hari beroperasi  

Utusan Sarawak 3 months ago

TATAU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau secara rasmi ditutup hari ini setelah beroperasi selama 14 hari. 

Penutupan itu diumumkan oleh Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong atas nasihat Komander Operasi Bencana dan Penolong Komander Operasi Bencana Daerah Tatau.

Calvin menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan, dan individu yang telah bekerjasama dalam mengoperasikan PPS dan menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas oleh bencana banjir di Daerah Tatau.

PPS SMK Tatau dibuka pada 29 Januari untuk menampung mangsa banjir, dan penutupan itu menandakan berakhirnya tempoh operasi pusat pemindahan tersebut.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sim, isteri lawat kuil berusia lebih 120 tahun
Next: 80,535kg makanan disalurkan kepada lebih 6,000 penduduk terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.