Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah ditutup, kesemua mangsa banjir dibenar pulang
  • WILAYAH

PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah ditutup, kesemua mangsa banjir dibenar pulang

Utusan Sarawak 15 hours ago
KESEMUA 97 orang mangsa banjir daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas PPS terbabit diisytihar tutup petang semalam. Foto APM Saratok 

SARATOK: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah ditutup secara rasmi petang semalam selepas semua mangsa banjir dari Rumah Panjang Ason, Tembawai Kapok, Awik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Saratok, Muhammad Dino Amid berkata penutupan PPS itu menandakan keadaan banjir di kawasan berkenaan telah pulih sepenuhnya dan cuaca di sekitar Saratok kini berada dalam keadaan baik.

KESEMUA 97 orang mangsa banjir daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas PPS terbabit diisytihar tutup petang semalam. Foto APM Saratok 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat, sukarelawan serta jabatan kerajaan yang terlibat sepanjang operasi pemindahan dan pengurusan kebajikan mangsa.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu memaklumkan bahawa PPS berkenaan dibuka pada Jumaat lalu dan ditutup pada petang semalam selepas tiga hari beroperasi.

Katanya, seramai 97 orang mangsa banjir daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS itu, terdiri daripada 44 lelaki dan 53 perempuan. Jumlah itu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) dan 21 warga emas.

KESEMUA 97 orang mangsa banjir daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas PPS terbabit diisytihar tutup petang semalam. Foto APM Saratok 

Antara agensi yang terlibat dalam operasi di PPS tersebut ialah APM (tiga anggota), Polis Diraja Malaysia (dua anggota), Jabatan Kebajikan Masyarakat (11 anggota dan sukarelawan), Jabatan Sukarelawan (RELA) (dua anggota) dan Kementerian Kesihatan (KKM) (lapan anggota).

Sebanyak 21 kit makanan turut diserahkan oleh APM Saratok kepada semua keluarga yang ditempatkan di pusat berkenaan.

Keadaan sekitar dewan kini kembali bersih dan teratur selepas semua operasi pemindahan selesai dijalankan. Penutupan PPS ini menjadikan tiada lagi pusat pemindahan aktif di Daerah Saratok ketika ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Acara perlumbaan bot kuasa tinggi Regata Lingga 2025 dibatalkan atas faktor keselamatan
Next: Peruntukan RM100,000 naik taraf surau Kampung Pagan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.