Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah dibuka, 39 mangsa dipindahkan
  • Tengah
  • WILAYAH

PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah dibuka, 39 mangsa dipindahkan

Utusan Sarawak 1 day ago
BANJIR yang melanda di Rumah Asun, Tembawai Kapok, Awik pagi tadi. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, Saratok petang ini bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, PPS tersebut diaktifkan oleh Pejabat Daerah Saratok pada 2.00 petang tadi selepas paras air di beberapa kawasan rendah mula dinaiki air.

“Sehingga kini, seramai 39 penduduk dari Rumah Asun, Tembawai Kapok, Awik telah dipindahkan ke PPS berkenaan bagi tujuan keselamatan,” katanya dalam laporan pemantauan operasi banjir hari ini.

Daripada jumlah itu, 14 lelaki dan lapan wanita dewasa, tujuh warga emas, serta 10 kanak-kanak telah direkodkan.

Jumlah mangsa dijangka meningkat dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan cuaca dan paras air.

39 penduduk dari Rumah Asun, Tembawai Kapok, Awik telah dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah, Saratok. Foto: IPD Saratok

Operasi pemantauan dan pemindahan mangsa melibatkan kekuatan 43 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bomba dan Pejabat Daerah Saratok dengan bantuan beberapa aset seperti sebuah Perodua Aruz dan sebuah lori.

Setakat laporan diterima, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Atoi turut dinaiki air, manakala Jalan Kabo dilaporkan ditenggelami air sedalam dua hingga tiga kaki dengan trend air masih statik.

Mathew berkata, tiada insiden kecederaan, kemalangan atau laporan kerosakan harta benda diterima setakat ini.

“Fenomena hujan berterusan yang berlaku serentak dengan air pasang besar menyebabkan kawasan berisiko rendah dinaiki air.

“Operasi pemantauan dijalankan secara berterusan oleh pasukan penyelamat bagi memastikan keselamatan penduduk di Daerah Saratok,” jelasnya.

Mathew menambah, perkembangan terkini operasi banjir akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi semasa di lapangan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: APM bantu bersih pokok tumbang di jalan utama ke Kem Temala Long Lama
Next: Integriti tunjang kepercayaan rakyat terhadap pemimpin komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.