Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Dewan Lenggai Kampung Entingan dibuka, 55 mangsa dipindahkan
  • Selatan
  • WILAYAH

PPS Dewan Lenggai Kampung Entingan dibuka, 55 mangsa dipindahkan

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBAHAGIAN penduduk Kampung Entingan terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Lenggai akibat banjir.

KOTA SAMARAHAN: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Entingan dinaiki air, sekali gus memaksa sebahagian penduduk berpindah ke tempat lebih selamat.

Keadaan banjir turut mengakibatkan beberapa laluan perhubungan terputus, menyukarkan penduduk untuk keluar dan masuk ke kediaman masing-masing.

Susulan itu, seramai 55 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Lenggai Kampung Entingan yang dibuka pada 7.00 malam ini.

Daripada jumlah tersebut, 32 adalah dewasa, 16 kanak-kanak, seorang bayi serta enam warga emas. Pecahan jantina pula melibatkan 27 lelaki dan 28 perempuan.

Sementara itu, situasi banjir di Kampung Entingan terus dipantau berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu. Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Penduduk DUN Kalaka bakal nikmati bekalan elektrik 24 jam melalui projek ALAF dan skim Caj Sambungan Bantuan Dana Kerajaan
Next: Anggota APM Saratok berjaya pindahkan warga emas terkandas banjir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.