Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Dewan Komuniti Lubok Subong ditutup sepenuhnya hari ini
  • WILAYAH

PPS Dewan Komuniti Lubok Subong ditutup sepenuhnya hari ini

Utusan Sarawak 1 day ago
PPS Dewan Komuniti Lubok Subong yang menempatkan seramai 35 mangsa kebakaran dari Rumah Lintong, Nanga Kesit Lemanak, ditutup sepenuhnya hari ini. Foto APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Komuniti Lubok Subong yang menempatkan seramai 35 mangsa kebakaran daripada 11 buah keluarga dari Rumah Lintong, Nanga Kesit Lemanak, ditutup sepenuhnya hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lubok Antu merangkap Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau sekitar 2.00 petang tadi.

“Selepas 47 hari PPS Dewan Komuniti Lubok Subong dibuka sejak 19 Mei lalu, telah ditutup pada 2.00 petang hari ini dan kesemua 35 mangsa daripada 11 buah keluarga dari Rumah Lintong, Nanga Kesit Lemanak itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

PPS Dewan Komuniti Lubok Subong yang menempatkan seramai 35 mangsa kebakaran dari Rumah Lintong, Nanga Kesit Lemanak, ditutup sepenuhnya hari ini. Foto APM Lubok Antu

Desem berkata PPS Dewan Komuniti Lubok Subong tersebut dijadikan pusat pemindahan sejak petang 19 Mei lalu susulan rumah panjang sepanjang 15 pintu dua tingkat jenis struktur separuh kekal itu telah terbakar 100 peratus dalam kejadian sekitar 10.00 pagi hari yang sama.

“Kesemua penghuni dari Rumah Lintong Lemanak ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Lubok Subong selepas kejadian kebakaran yang telah memusnahkan kediaman mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lubok Antu turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua agensi penyelamat yang telah bertungkus lumus sepanjang mengendalikan PPS kepada mangsa kebakaran itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap reviews Grand Arch design to boost Kota Sentosa’s identity and economy
Next: Jawatankuasa gereja sentiasa cari jalan dampingi masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.