Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPRMS bawa sinar baharu buat penduduk kurang berkemampuan di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

PPRMS bawa sinar baharu buat penduduk kurang berkemampuan di Lawas

Utusan Sarawak 2 days ago
MEMASANG PLAK…Awang Tengah kelihatan memasang plak pada kediaman Rosliana sambil disaksikan hadirin.

LAWAS: Sebanyak 673 rumah untuk rakyat miskin telah dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari sejak 2018 hingga 2025 menerusi Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, program tersebut bukan sahaja membabitkan kerja-kerja baik pulih, malah turut merangkumi pembinaan rumah baharu bagi struktur kediaman yang tidak lagi selamat untuk diduduki.

Selain itu, program PPRMS di DUN Bukit Sari juga membabitkan beberapa agensi teknikal dan Pejabat Daerah Lawas bersama dengan penglibatan Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kaum.

“Sejak 2018, kerajaan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin oleh YB Premier kita, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari, telah memperkenalkan bantuan baik pulih rumah.

MENGECAT…Awang Tengah turun tangan bersama Henry Sum Agong mengecat bahagian hadapan rumah PPRMS milik Rosliana.

“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS diperuntukkan RM1 juta setahun dan pelaksanaan dibuat secara berfasa iaitu bermula dengan RM100,000, diikuti RM500,000 bergantung kepada keupayaan pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program PPRMS di Kampung Ladang Baru, Lawas, yang menyaksikan penyerahan rumah baharu kepada Puan Rosliana Mohamad, seorang balu dengan empat anak.

Awang Tengah turut menegaskan agar keutamaan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut, dengan pelaksanaan projek disegerakan bagi memastikan rakyat menerima manfaat secepat mungkin.

SUMBANGAN KORPORAT...korporat hartanah Lee Chin Teck turut menghulurkan sumbangan kepada Roliana yang merupakan seorang balu dengan empat anak kecil.

“Senaraikan mereka yang layak, kita bincang dan beri fokus kepada senarai itu. Untuk tahun depan, kita sudah ada peruntukan. Maka kita perlu permudah dan percepatkan pelaksanaan,” tambahnya.

Beliau turut menggalakkan pendekatan gotong-royong dalam kerja-kerja pembinaan dan baik pulih rumah agar proses lebih cepat dan menjimatkan kos.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Haji Unus Tambi, serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Haji Jawa dan Sam Laya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Pesta ikonik Limbang bakal kembali warnai utara Sarawak
Next: RM370,000 geran diagih, JKKK digesa aktifkan pembangunan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.