Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPP berperanan penting sokong sistem kesihatan kawasan pedalaman
  • TEMPATAN

PPP berperanan penting sokong sistem kesihatan kawasan pedalaman

Utusan Sarawak 2 months ago
DATUK Amar Dr. Sim Kui Hian bercakap ketika ditemui media pada majlis sambutan Hari Pembantu Perubatan 2025 peringkat Negeri Sarawak di Auditorium, Pusat Jantung Sarawak, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Sarawak memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan negeri terutama di kawasan pedalaman yang kekurangan doktor.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata sekitar 50 peratus fasiliti kesihatan di Sarawak tidak mempunyai doktor.

“Oleh itu, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) menjadi tulang belakang dalam memberikan rawatan asas kepada rakyat, khususnya di kawasan yang kekurangan doktor.
“Kita masih kekurangan hampir 2,000 doktor untuk memenuhi standard kebangsaan.

“Disebabkan itu, PPP memainkan peranan sangat penting, kerana tanpa mereka, tiada siapa yang akan menjaga pesakit di kawasan tertentu,” katanya ketika ditemui media pada majlis sambutan Hari Pembantu Perubatan 2025 peringkat Negeri Sarawak di Auditorium, Pusat Jantung Sarawak, di sini, hari ini.

Tambah beliau, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, sebelum ini telah mengumumkan rancangan untuk meminda undang-undang bagi memberi lebih kuasa kepada Penolong Pegawai Perubatan (PPP), termasuk membenarkan mereka memberi preskripsi ubat tertentu dan mengeluarkan sijil cuti sakit (MC).

Dalam perkembangan lain, Dr. Sim menjelaskan bahawa Fudan Medical School dari China bakal membawa teknologi Doktor Kecerdasan Buatan (AI) untuk perundingan perubatan.

“Saya telah muat naik di Facebook saya. Profesor Dong membawa saya ke Fudan Biodiversity Center kerana mereka bakal mempunyai Doktor AI di sana untuk orang ramai mendapatkan konsultasi.

“Namun pesakit masih perlu berjumpa doktor kerana AI tidak semestinya tepat 100 peratus dan dari segi undang-undang, anda tidak boleh menyaman AI atas kesilapan yang dilakukan,” ujarnya.

Beliau melihat teknologi tersebut sebagai sesuatu potensi yang menarik tetapi menegaskan bahawa ia masih terlalu awal untuk menentukan bagaimana ia boleh dilaksanakan di Sarawak.
Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Anak tahfiz, saudara baharu terima sumbangan Aidilfitri
Next: Tidak benar banjir tercetus sebab pelepasan air dari hidro Bakun – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.