Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PPM rampas 456 botol minuman keras
  • NASIONAL

PPM rampas 456 botol minuman keras

Utusan Sarawak 5 years ago
KERETA dan 20 kotak besar minuman keras tidak berkastam yang dirampas PPM Wilayah Dua Johor di kawasan tepi Jalan Forest City Lebuhraya Tanjung Pelepas, petang Rabu lepas.• Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 456 botol minuman keras tanpa duti kastam selepas memeriksa sebuah kereta di tepi Jalan Forest City Lebuhraya Tanjung Pelepas, di sini Rabu lepas.

Komandernya ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, rampasan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Markas PPM Wilayah Dua yang sedang menjalankan rondaan pesisir pantai berhampiran kawasan berkenaan, selepas menerima maklumat awam, pada kira-kira 1.00 tengah hari.

Beliau berkata, ketika sepasukan pegawai dan anggota tiba di tepi jalan tersebut, didapati terdapat sebuah kereta yang ditinggalkan.

“Bagaimanapun, setelah membuat pemantauan dan menunggu lebih kurang dua jam dan melihat tiada pergerakan manusia ke kereta tersebut, pasukan serbuan telah mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah 20 kotak besar yang di dalamnya mengandungi 456 botol minuman keras pelbagai jenis yang dianggar bernilai RM33,813.70 termasuk cukai,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Muhd Zailani berkata, kesemua minuman keras dan kereta terbabit dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu beliau turut menyeru masyarakat untuk bersama-sama membanteras kegiatan penyeludupan dan jenayah maritim dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa terutama PPM Wilayah Dua melalui talian 07-2372221/ 237222. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas setiausaha sulit kanan dituduh rasuah
Next: Tumpu kemenangan PRN Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.