Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPKS bakal mulakan pusat latihan kenderaan elektrik, hidrogen
  • TEMPATAN

PPKS bakal mulakan pusat latihan kenderaan elektrik, hidrogen

Utusan Sarawak 2 years ago
Pengarah Eksekutif
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak
Hallman Sabri

KUCHING: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) bercadang untuk memulakan program Pusat Latihan Bertauliah untuk Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV), Kenderaan Elektrik (EV) dan Kenderaan Hidrogen.

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri berkata, cadangan itu tercetus susulan kerjasama kumpulan dengan Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang untuk menjalankan kursus latihan kenderaan hibrid dan elektrik untuk tenaga pengajar dan pelatih PPKS.

“Sebagai satu-satunya pusat di Rantau Asia Pasifik yang menawarkan Tahap Satu hingga Empat Institut Industri Permotoran (IMI), program anugerah/pensijilan United Kingdom untuk kenderaan elektrik dan hibrid, kami berterima kasih atas kepakaran teknikal dan sokongan dari Kolej Komuniti Kepala Batas,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hallman yang juga Pengerusi Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) berkata, sebanyak 15 instruktor PPKS, pensyarah dan pelatih telah mengambil bahagian dalam kursus dijalankan pada 6 hingga 9 Mei, menyaksikan setelah tamat kursus pelatih akan mendapat tiga pensijilan diiktiraf antarabangsa dari IMI.

Pensijilan itu termasuk kesedaran mengenai kenderaan elektrik/hibrid, pengurusan bahaya untuk kakitangan kecemasan dan pemulihan serta pembaikan dan penggantian sistem.

“Dengan adanya kumpulan Jurulatih Bertauliah untuk kenderaan elektrik hibrid dan kenderaan elektrik, PPKS dapat mengambil langkah pertama untuk menubuhkan Pusat Latihan Bertauliah yang menawarkan program HEV dan EV,” katanya.

Beliau berkata dengan sokongan Kerajaan Sarawak, PPKS juga akan menubuhkan Kolej Latihan Automotif Termaju (AATC), bagi menampung penyelenggaraan kenderaan hidrogen. – Bernama

Continue Reading

Previous: Isu kelahiran wajar diberikan perhatian
Next: Bom air strategi padam kebakaran hutan di Sarawak – Khirudin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.