Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPDK miliki staf terlatih
  • TEMPATAN

PPDK miliki staf terlatih

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK ALBUM… Datuk Francis Harden Hollis dan isteri, Datin Simba Nalang ketika merakam gambar kenangan bersama Penyelia PPDK Sri Aman, Sanny Law dan kakitangan di Komplek Penyayang Sri Aman.

SIMANGGANG: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) memiliki barisan kakitangan terlatih dan amat layak bagi mengasuh serta mendidik anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) penduduk di sini.

Justeru tiada sebab untuk ibu bapa kepada anak-anak kelainan upaya bertindak membiarkan golongan tersebut berada di rumah sepanjang masa tanpa mendapat sebarang asuhan yang sewajarnya.

“Saya menyeru ibu bapa kepada anak-anak OKU agar bertindak menghantar golongan tersebut ke PPDK berhampiran daripada bertindak membiarkannya berada di rumah dari masa ke semasa.

“Di PPDK nanti, anak-anak mereka akan dapat dididik menjadi seorang insan yang boleh menyumbang bakti kepada komuniti penduduk pada masa akan datang,” kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.

Beliau ketika mengiringi kunjungan isterinya, Datin Simba Nalang ke PPDK Sri Aman dalam bandar ini juga menegaskan PPDK adalah lokasi yang ideal untuk membantu ibu bapa mengasuh anak kelainan upaya masing-masing dari masa ke semasa.

“Berikan keyakinan kepada tenaga pengajar dan kakitangan PPDK di situ untuk mengasuh anak-anak mereka sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang ini,” katanya.

Terdahulu, Datin Simba Nalang yang juga Ahli Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) telah pun bertindak menyerahkan cek bernilai RM2,000 dan kit barangan pencegahan virus Covid-19 untuk kegunaan kakitangan serta pelatih PPDK Sri Aman.

Penyerahan cek dan kit tersebut adalah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh pihak SABATI di dalam negeri ini.

“SABATI akan terus melakukan tanggungjawab sosialnya terhadap rakyat di dalam negeri ini selagi ia dapat membantu Kerajaan Sarawak untuk mempertingkat taraf hidup mereka pada masa akan datang,” kata Simba.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: 37 usahawan sertai Program Pembangunan Agropreneur Lada
Next: Bangunan baharu PPNS tingkat sektor pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.