Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPD Julau sertai latihan pengungsian, pemadaman api tingkat kesedaran keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

PPD Julau sertai latihan pengungsian, pemadaman api tingkat kesedaran keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 2 hours ago
SESI LATIHAN….Kakitangan PPD Julau berlatih bersama anggota bomba di program kesedaran keselamatan kebakaran. Foto BBP Bintangor

JULAU: Latihan pengungsian bangunan dan demonstrasi pemadaman api menjadi fokus utama dalam program kesedaran keselamatan kebakaran yang melibatkan seramai 44 peserta dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Julau.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin, program berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran berkaitan keselamatan kebakaran dalam kalangan warga pejabat.

SESI LATIHAN….Kakitangan PPD Julau berlatih bersama anggota bomba di program kesedaran keselamatan kebakaran. Foto BBP Bintangor

“Program yang dijalankan semalam bermula 8.50 pagi hingga 11.00 pagi di PPD Julau, melibatkan tujuh anggota bomba yang mengendalikan pelbagai aktiviti berkaitan keselamatan kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara pengisian program termasuk latihan pengungsian bangunan, demonstrasi penggunaan alat pemadam api, pameran peralatan bomba, serta ceramah kesedaran keselamatan kebakaran yang memberi panduan praktikal kepada peserta.

Mahmudin menegaskan bahawa pendedahan sebegini amat penting bagi melatih masyarakat supaya lebih bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran.

“Melalui program sebegini, peserta diberi peluang untuk memahami prosedur menyelamatkan diri semasa kebakaran serta mempelajari cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.

“Kesedaran keselamatan kebakaran perlu diterapkan secara berterusan agar setiap individu tahu langkah yang perlu diambil semasa kecemasan dan mampu mengurangkan risiko serta kesan kebakaran,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi SAR warga emas hilang di Nanga Buai, Ulu Padeh ditangguh
Next: Projek naik taraf jalan di Sungai Bidut-Kwong Ming kini bermula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.