Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Powerboat RC Antarabangsa Sibu 2025 cipta sejarah dalam MBOR
  • SUKAN

Powerboat RC Antarabangsa Sibu 2025 cipta sejarah dalam MBOR

Utusan Sarawak 3 days ago
ALLAN Siden Gramong dan yang lain merakam gambar kenangan bersama sebahagian pemenang dan peserta Cabaran Sungai Powerboat Kawalan Jauh (RC) Antarabangsa Sibu 2025.


SIBU: Acara Cabaran Sungai Powerboat Kawalan Jauh (RC) Antarabangsa Sibu 2025 melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pertandingan dengan penyertaan bot kawalan jauh terbanyak pernah direkodkan di negara ini.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari di Tebingan Sungai Pulau Li Hua bermula 24 Julai lalu mencatatkan sebanyak 759 penyertaan dari dalam dan luar negara, termasuk peserta dari Sarawak, Semenanjung Malaysia, Sabah, Labuan, Brunei Darussalam dan Thailand.

Sijil pengiktirafan disampaikan oleh Pegawai MBOR, Megat Faris Hussien, kepada Timbalan Residen Bahagian Sibu, Christopher Ranggau Unting, semasa majlis penangguhan acara semalam yang turut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong selaku tetamu kehormat.


Dalam ucapannya, Allan menyifatkan kejayaan menganjurkan acara tersebut bukan sekadar mencipta rekod baharu, malah memperlihatkan semangat perpaduan dan kerjasama komuniti dalam menjayakan acara bertaraf antarabangsa.

“Acara selama empat hari ini bukan sahaja sebuah pertandingan, tetapi juga menjadi medan pertemuan dan penyatuan komuniti.

“Ia menyemarakkan semangat kekitaan apabila penyertaan merangkumi seluruh negara serta negara jiran,” katanya.

Tambah beliau, penganjuran kejohanan itu turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat, selain menjadi platform pertukaran budaya antara peserta pelbagai latar belakang.

“Kejayaan ini bukan milik individu semata-mata, tetapi pencapaian kolektif hasil dedikasi, kerja berpasukan dan komitmen semua pihak,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), para ADUN, penaja korporat, pasukan teknikal AB Racing Team, JKKK Pulau Li Hua dan Kelab Sukan Rekreasi Pulau Li Hua.

Sementara itu, Christopher dalam ucapannya berkata pengiktirafan MBOR tersebut merupakan satu pencapaian membanggakan yang memberi imej positif kepada Bahagian Sibu dalam memperkasa sukan rekreasi air di peringkat antarabangsa.

“Sepanjang tempoh penganjuran, tiada insiden tidak diingini berlaku. Ini adalah hasil kerjasama dan kecekapan semua pihak yang memastikan aspek keselamatan dan kelancaran acara berada pada tahap terbaik,” jelasnya.


Turut hadir Setiausaha Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Sibu, Maria Nadja Jimmy bersama beberapa jemputan khas lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Larian Isthmus Sarawak Energy 2025 catat rekod, lebih 5,800 peserta
Next: Kecederaan bahu paksa Pandelela tarik diri di Kejohanan Akuatik Dunia 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.