Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Poster tular Bantuan Ramadan, Tuntutan Kredit E-Tunai palsu
  • SEMASA

Poster tular Bantuan Ramadan, Tuntutan Kredit E-Tunai palsu

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular menerusi media sosial. Foto Kemeterian Kewangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular menerusi media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, MOF memaklumkan poster “Bantuan Ramadan RM500 sekali bayar” berserta gambar Perdana Menteri itu adalah palsu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak klik pautan meragukan, tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi MOF,” menurut hantaran itu.

Orang ramai turut diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web www.mof.gov.my dan media sosial rasmi kementerian itu.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pertandingan Pintu Gerbang Hari Raya 2026, tawaran hadiah RM5,000 
Next: Pasukan SAR dapat petunjuk baharu, temui perahu dipercayai milik mangsa 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.