Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • POSKOM akan diperluas ke seluruh Sarawak
  • TEMPATAN

POSKOM akan diperluas ke seluruh Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri Fatimah Abdullah berucap semasa merasmikan POSKOM Peringkat Bahagian Mukah dan Pelancaran Logo Rasmi POSKOM Sarawak yang diadakan di Dewan Komuniti Balingian, semalam. Foto UKAS

BALINGIAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) akan memperluaskan program Jangkauan Komuniti (POSKOM) ke seluruh Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, POSKOM merupakan pendekatan akar umbi oleh JKMS bagi menyediakan ruang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat, membuat aduan serta mengakses perkhidmatan kebajikan dengan lebih mudah.

Menurutnya, inisiatif ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Beliau berkata demikian semasa merasmikan POSKOM Peringkat Bahagian Mukah dan Pelancaran Logo Rasmi POSKOM Sarawak yang diadakan di Dewan Komuniti Balingian, semalam.

Tambah beliau, POSKOM Mukah menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk permohonan Kad OKU, Kad Kenyalang Emas (KGC), Manfaat Kesihatan Warga Emas (SCHB), saringan kesihatan percuma, khidmat nasihat bantuan kebajikan dan pameran agensi.

Setakat ini, lapan siri POSKOM telah dianjurkan di seluruh Sarawak dengan kehadiran lebih 6,000 peserta, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada kumpulan yang tercicir daripada sistem sokongan sosial yang disediakan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi yang turut hadir menzahirkan penghargaan kepada JKMS atas penganjuran program berkenaan.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti, Datu Felicia Tan Ya Hua, Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh dan Pengarah JKMS, Semawi Mohamad. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: BPHB terus komited bantu komuniti luar bandar menerusi inisiatif CSR
Next: Media perlu berhati-hati dalam penerbitan berita – Abdullah Saidol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.