Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Poseidon, dron bawah air tanpa pemandu Rusia mulakan ujian pertama
  • GLOBAL

Poseidon, dron bawah air tanpa pemandu Rusia mulakan ujian pertama

Utusan Sarawak 2 years ago
Dron bawah air tanpa pemandu, Poseidon.

VLADIVOSTOK: Rusia dijadual menjalankan ujian laut pertama dron bawah air tanpa pemandu, Poseidon pada musim panas ini, lapor Xinhua memetik saluran berita Rusia pada Jumaat.

Percubaan dengan tumpuan utama untuk menilai prestasi enjin nuklearnya, akan dijalankan dari kapal selam berkuasa nuklear Belgorod, lapor agensi berita Rusia RIA Novosti

Kapal selam berkuasa nuklear Belgorod yang dilengkapi dron bawah air tanpa pemandu Poseidon, akan ditempatkan dalam pasukan itu pada 2023, menurut Laksamana Nikolai Yevmenov, ketua komander Tentera Laut Rusia.

Poseidon yang dikuasakan oleh enjin nuklear yang berfungsi terutamanya sebagai torpedo nuklear, mampu menghantar muatan nuklear ke pantai musuh.

Dron itu berukuran 20 meter panjang, 1.8 meter lebar dan berat 100 tan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Arab Saudi setuju Simposium Perdana Haji dibawa ke Malaysia
Next: Cathay Hong Kong batalkan penerbangan, 11 cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.