Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pos kawalan sempadan dinaik taraf, kebajikan anggota terus diperkasa
  • TEMPATAN

Pos kawalan sempadan dinaik taraf, kebajikan anggota terus diperkasa

Utusan Sarawak 3 hours ago
LANCARKAN… Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah selepas melancarkan Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Kontinjen Sarawak di sebuah pusat beli-belah, Kuching, hari ini. Foto Shikin Mahmud

KUCHING: Kebajikan pegawai dan anggota yang bertugas di pos kawalan sempadan Sarawak terus diberi perhatian menerusi penambahbaikan kemudahan serta perancangan pembinaan bangunan kekal.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, semua pos kawalan yang sebelum ini menggunakan khemah kini telah digantikan dengan kabin bagi meningkatkan keselesaan anggota bertugas.

Menurut beliau, perkara itu antara fokus lawatan kerja Timbalan Ketua Polis Negara ke Sarawak dari 8 hingga 14 Februari ini.

“Lawatan ini bertujuan meninjau fasiliti serta kebajikan anggota yang bertugas di kawasan pedalaman dan sempadan negeri.

“Antara lokasi dilawati termasuk Limbang, Miri, Ba’kelalan dan Bario, dan selepas ini akan ke Serian serta Tebedu,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Kontinjen Sarawak di sebuah pusat beli-belah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada perancangan membuka pos kawalan baharu, namun sekiranya terdapat keperluan, permohonan akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

Tambahnya, terdapat perancangan jangka panjang untuk membina bangunan kekal di beberapa pos kawalan tertakluk kepada kelulusan dan keperluan semasa.

“Kita mahu memastikan kawalan sempadan lebih teratur selain menjaga kebajikan anggota yang bertugas di perbatasan negeri,” ujarnya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bintulu Port terlindung daripada kesan tarif AS, fokus kepada pasaran Asia
Next: Op Selamat 25: Peningkatan kes maut cetus kebimbangan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.